Tuesday, August 9, 2016

KAD BANK VISA PAYWAVE: Apa yang anda perlu tahu...


*gambar sekadar hiasan*


Assalamualaikum and hello to all my loyal reader. Lama blog ni tak berupdate. Ada banyak cerita dan memori yang nak di tulis. Tapi masa takde. Sekarang lapang sikit so boleh update.

A little short entry today. Tak boleh nak taip banyak sebab menulis dari phone so jejari ku yang gemok ini banyak salah tekan huruf.

Korang dah tukar kad bank baru yang ada function visa paywave tu ke belum? Rasanya kebanyakan bank dah upgrade kad bank yang biasa kepada yang ada function paywave ni.

Kalau yang belum tukar tu meh habiskan baca. Cheq nak habaq kat korang macamana 'kecanggihan' nya.

DULU, kalau korang pakai kad bank biasa yang ada fungsi debit tu korang perlu slot in card dalam card reader kemudian kena masukkan security code kan.

Tapi bila korang upgrade kad debit biasa tu kepada yang ada fungsi visa paywave tu korang hanya perlu touch pada card reader khas, tak payah enter security code dan resit akan keluar tak sampai 3 saat. Transaksi lulus dan tak perlu tanda tangan.

Masa first time guna tu I terngaga jap. Terkebil-kebil mata tengok resit keluar sepantas kereta lamborghini. Bukan saja kad debit tapi kad kredit yang ada fungsi visa paywave pun sama. Tak payah nak enter security code. Gila 'senang'. 

Semalam masa pergi supermarket ada juga tanya kat cashier pasal 'kecanggihan' kad ni. Cashier tu cakap pihak supermarket sedang berurusan dengan pihak bank untuk memperketatkan ciri-ciri keselamatan kad yang ada paywave sebab ramai customer complain tentang 'kesenangan' kad ni. Means that walaupun dah touch pada card reader tu korang kena masukkan juga security code. Kalau dia buat macam ni rasa selamat sikit. Kad 'canggih' ni kalau hilang atau orang lain 'pinjam' dan guna memang menangis takde air mata.

So, anda yang belum tukar kepada kad baru ni kalau takde keperluan yang mendesak pakai je la kad lama tu selagi boleh guna dan sehingga security kad dipertingkatkan. Yang dah tukar kepada kad baru tu korang boleh setkan limit penggunaan kad korang untuk penggunaannya sehari. Bila nak pakai dalam jumlah yang besar aktifkan balik jumlah yang korang nak pakai tu. Phone sekarang kan dah canggih2. Internet banking buka 24 Hours. Hehe

That's all my sharing for today. Harap ia memberi manfaat pada anda. Till we meet again in the next post yang entah tak tahu bila. Hihi..

Bye....



Tuesday, May 3, 2016

Anak bertuah dan goodies bagnya....(^^)


Salam selasa.

Lamanya saya tidak bersiaran berkongsi cerita.
Mesti korang rindu kan?
Hihi

Ok, what's the story today?

Cerita tentang goodies bag.

Budak-budak dengan goodies bag memang tidak dapat dipisahkan.
Kalau dapat goodies bag memang mereka suka sangat walaupun kadang-kadang isinya entah apa-apa. Sorry to say.
Indeed me also kalau dapat goodies bag kadang-kadang sedekah semula kat orang yang duduk makan semeja atau bagi kat jiran-jiran. Ada yang bagi cawan, mangkuk, bekas kristal dan macam-macam lagi barang hiasan. Aduh, saya bagi je kat orang. Bukan nak menyombong tapi rumah saya takde tempat nak simpan all those things. 

So ini cerita aliya dengan goodies bagnya.
Last week kami join rombongan menghantar pengantin.
Datang sama-sama tapi kami balik awal.
Masa nak balik tu aliya nampak meja goodies bag dan dia cakap dia nak. Aduh....takan la mak incik nak pergi minta.
Cakap dekat dia nanti mama belikan kat kedai.
Langsung tak makan pujuk.
Takut dia berguling kat tempat kenduri tu mak incik pergi la salam mak pengantin. Dia pun salam saja dengan senyuman tanpa ada apa-apa. Then saya cakap "Boleh tak saya nak goodies bag tu satu". Dia macam serba salah nak bagi. Aduiiii.....jangan cakap apa perasaan saya masa tu ye. Malu ya amat.kalau lah ada purdah ke, topeng ultraman ke memang dah terus pakai tutup muka.Huwaaaaa..... 
Cari tuan sadiq, tengok dia dengan amira dah menonong ke kereta tinggalkan mak incik dan aliya tersadai berdua.Huwaaa....'mat saleh' tu bukan tahan panas matahari lit lit. Cepat je nak masuk dalam kereta pasang ekon. *huh*

So, nak cover rasa malu tu saya cakap "Ada tak goodies bag untuk budak-budak. Anak saya nak satu". So dia bagi la sumi paket tu satu. Serius malu weyh....Boleh je buka mulut cakap siapa kami. Tapi saya malas. Anggap saja dia tak perasan akan muka kami yang tak pernah miss datang ke rumah masa meminang, nikah dan kenduri. Ok, sudah lupakan saja. Perkara kecil je bagi saya.

Dah dapat goodies bag ada sumi tu aliya punya senyum sampai ke telinga. Dia tak tahu mak dia ni terpaksa tebal muka tahan malu. Huhu...

Cuma kita ubah la cara kita orang melayu buat kenduri.
Kalau nak bagi goodies bag biar la bagi pada semua.
Jangan la kalau siapa yang salam berduit je bagi, yang salam kosong tak bagi. Menu makanan pun sama. Biarlah sama saja menu orang kaya dengan menu orang miskin. Ini orang kaya kita bagi makan ayam masak merah, orang miskin ayam goreng kunyit. Ini contoh je. 
Kita ubahlah budaya yang macam ni.

I want to share with you all satu lagi kisah benar tentang kenduri kahwin yang pernah kami hadiri. Macam biasa samada masa datang atau masa nak balik kami hulurkan sampul pada tuan rumah. Amazingly bapa pengantin ni tak mahu dan dia cakap "Pakcik hadiahkan pada kamu semula. Makanlah apa rezeki yang ada". We are speechless. Pertama kali kami jumpa orang yang buat kenduri kahwin macam ni. So balasannya, kami doakan pakcik dan keluarga sentiasa dimurahkan rezeki. 


Last week was Aliya's 5th birthday. So minggu ni dia kata nak makan kek dengan kawan-kawan. Siap buat request nak bagi goodies beg kat kawan. So, mak incik mesej cikgu dia tanya ada berapa orang budak kat tadika. tak kiralah yang full day, half day, atau budak2 transit. bagi semua takde beza-beza.


Budak bertuah tengah packing goodies bag untuk kawan-kawan.
V
V
V


So, that's all my sharing today.
Till we meet again in the next post yang entah tak tahu bila. *hihi*




Wednesday, March 23, 2016

Destinasi Terakhir.


Salam Rabu.



Ini gambar dua minggu yang lepas sebelum cuti sekolah.

First time bawa Aliya datang sini.

Bila kereta membelok masuk ke tanah perkuburan muka dia dah macam cuak. Dia tahu kalau orang dah mati akan 'sleep' kat sini.
Terus dia tanya "Mama, kenapa bawa Aliya datang sini?"

Saya jawab, "Aliya dah pandai baca al Fatihah kan? So, Aliya baca dan hadiahkan pada semua orang yang dah 'sleep' kat sini". Dia angguk tapi mata dah berkaca.

Lepas baca surah fatihah saya cakap one day mama pun akan 'sleep' kat sini juga. Terus dia peluk dan menangis cakap "Aliya sayang mama...." (Saya pun turut sedih juga)

Bila tengok kubur ni rasa diri kita ni pun bila-bila boleh pergi. Tapi tak tahu bila, dimana dan bagaimana. Bekalan kita pun sama. Tak tahu banyak mana. Ada waktu ketika saya rasa saya bekerja macam orang nak gila. Penat dan letih yang teramat. Sibuk sangat dengan urusan dunia. Makan tak menentu dan solat pun kadangkala di hujung waktu. Mental dan fizikal penat. So datang sini duduk fikir dan tenangkan hati sekejap. It really heal my soul.

Tanah perkuburan kat sini cantik dan memang setiap hari ada yang datang menziarahi ahli keluarga yang telah pergi. Takde pokok-pokok besar dan berakar macam tali-tali tu. Yang itu memang scary. Saya pun takut.huhuu....

Lepas bawa Aliya datang sini, dia terus berubah jadi baik pulak.
Sebelum ni biasalah budak-budak memang suka buat perangai.
Sekarang ni dia jadi tersangat baik, tersangat rajin, setiap hari cakap sayang mama, terus dengar cakap dan tak membantah atau memberontak.
hehehe...bagus juga bawa dia datang ke kubur.
So lepasni boleh lah jadikan rutin bulanan bawa dia datang ke sini lagi sambil sama-sama hadiahkan surah al fatihah pada yang dah pergi.

Tuesday, March 22, 2016

Sayang ALIYA..



Aliya tahun ni dah 5 tahun.
Cepat je masa berlalu.

Aliya istimewa sebab dialah anak yang pertama tetapi yang kedua menghuni di rahim
Dialah tempat kasih sayang pertama tercurah
Dialah peneman di kala sunyi 
Dialah yang sentiasa mengiburkan hati
Dan dialah anak yang manja

Bila dah semakin besar ni cakap pun dah semakin pandai.
Walaupun kadang-kadang nakal dan buat perangai
tapi dia sangat helpfull dan penyayang.

Kalau tengok mama bawa banyak barang she will quickly offer her help. Laju je dia cakap "Meh kakak tolong mama". 
Sejuk hati ni.

Kalau dia nampak mamanya duduk termenung atau muka letih tak tersenyum terus je dia cakap "Mama, don't worry" atau "Mama, don't sad" walaupun dia tak tahu pun apa yang sedang kita fikirkan pada waktu itu. *huhu*

Setiap hari dia akan cakap 
"Mama, i love you" 
atau 
"Mama, kakak sayang mama!!". 
Yes, setiap hari.

Mama loves you too Aliya. 
Till Jannah.







Thursday, March 10, 2016

Fast & Furious 8

Salam rindu semua.

Ya Allah, lama sangat tak update blog. banyak cerita yang nak diceritakan.
Tapi apakan daya sibuk ya amat sampaikan waktu makan pun dah kelaut Hindi.

Orang lunch pukul 11,12,1 tapi iolss lunch selalu pukul 3,4.
Meeting, taklimat,bengkel,mesyuarat kalau tak setiap hari boleh dikatakan selang sehari. Food is on you. Tidak lagi disediakan. Teruk tak teruk keadaan sekarang ni.
Ya salam....Apa nak jadi dah ni.

Semalam paling teruk lunch pukul 5.30 petang.
Sebelum collect budak berdua tu baiklah isi perut dulu.
Fast food la paling cepat.
Tak kisah la boikot ke tak boikot.
Dah keadaan darurat makan je la.
Karang lambat sangat makan pitam pulak.


Takpela kalau waktu makan lari dan tak on time. tapi waktu solat mesti jaga dan on time. Makan boleh bila-bila, mati pun boleh bila-bila.

Kalau ikutkan kerja memang tak pernah habis.
Makin bertimbun ada.

Dah lupakan pasal kerja sekejap. Boleh jadi stress. Bila dah stress tu yang buka iG shopping macam orang tak ingat baki duit dlm bank dah tinggal berapa.*krik krik krik*. Baik buka dan update blog yang dah hampir bersawang ni.


Jom la kita nyembang kejap

Apa cerita mak jemah hari ni?

Amboi tak tahan...
Tajuk kemain omputeh sangat.
*hihiii..*

Fast Furious 8 

filem belum keluar lagi kat wayang ye. Tahun 2017 baru ditayangkan.
Tapi my version dah keluar.


Dulu bujang, gelap subuh dan sampai ke kantor.
Sekarang ni bila anak dah 2 orang sampai kantor lagi 2,3 minit nak kantoi merah. *huhu*. Tak dapat nak bayang kalau anak ramai 5,6,7 orang. Mungkin resign la kot.Jaga sendiri anak kat rumah. Tak terkejar nak menghantar setiap sorang.

Setiap hari memang tugas saya la yang hantar aliya ke 'school', ke KUMON, pergi mengaji
 dan lain-lain. Amira pula ayah dia yang hantar. Tapi time balik mama la yang collect semuanya....

Setiap hari memang mengejar masa. That's why la kalau pagi-pagi jumpa orang yang bawa kereta macam siput sedut lepas tu dok bersiar-siar atas fast line rasa bukan mcm nak tekan horn tapi nak tekan button terbang kalau ada. hadoii.....pagi-pagi bikin naik darah. when pass by the car dan tengok muka drivernya mmg langsung takde muka rasa bersalah. buat muka notting happen macam mr.bean. sabar je la kak ton... 

That's all my rambling for today. lain kali kita sembang lagi. it's time to get back to work.
kbye....



Wednesday, January 27, 2016

Bila mama STRESSSSSS!!!!!


HuWAAAAA.........

Rasa macam nak migrain je kepala ni.
Start dari hari semalam kursus dan bersambung dengan hari ni.
Panggilan kursus yang berlainan.
Stress sangat rasa.

Kenapa suka sangat hantar surat panggilan kursus last minute.
Sudah la last minute, tempat kursus pula berubah-rubah.
Dalam surat tulis lain, dalam wasap tulis lain, dalam telegrem tulis lain. Pitam cam gini. Karang tak pergi karang bukan padan muka depa, tapi padan muka aku. Dapat surat tunjuk sebab KENAPA TIDAK HADIR?

Ingat kerja cikgu tak stress ke? 
Semua kerja ada stressnya. 
waima duduk rumah jadi surirumah pun.
Korang kalau stress buat apa weyh?
Dulu kalau daku stress, lepas kelas pergi makan, makan dan makan sampai perut keras. Lepastu perabis duit beli sesuatu yang mengembirakan hati. I am not shoes lovers or even handbags fan.
so selamat duit suami ku
ahahaha.....
Selalunya beli buku la. 
Namanya pun dah kerja cikgu. Haruslah sinonim dengan buku.
Beli, beli dan beli walaupun dah tahu entah bila ada masa nak membaca.

Sekarang tak lagi.

Sekarang ni kalau stress dah tak melantak makan atau membazir duit beli buku kemudian tak baca.
I channeled my stress here.
v
v
v

at the gym


Lari atas treadmill sekurang-kurangnya 1 km.
Lepas lari 1 km pergi pula buat exercise lain.
Sit up wajib buat 60 kali. Lepastu lain-lain exercise yang entah apa nama alat exercise dia pun aku tak tahu.
Tibai je pakai. 
Kalau tak tahu ringankan mulut tanya orang kat situ.
Yang besi-besi tu tak angkat la.
Nanti jadi ninja turtle pula karang.


*kihkihkih* 

Best ye exercise ni.

Kalau ikutkan hati hari-hari nak pergi gym.
Setiap hari nak lari 1km.
Sebab setiap hari aku stress.
Ahahaaa kidding but sometime YES its true.
Tapi apakan daya masa sangat limited edition.
So, dapat pergi exercise kat gym 2 kali seminggu pun dah syukur la sangat.

Ok lah. 
Sekian sahaja luahan perasaan tentang stress dan exercise.
Lain kali kita cerita lagi.
Jap lagi pukul 2.30pm kena pergi taklimat.

Hadoi....stressnya rasa.
Kalau duduk dengar taklimat aku suka.
Jangan di suruh buat presentation atau kena kerah kepala otak nak pikir macam-macam program sudah la.
Otakku dah letih...

Kbye... 

Friday, January 22, 2016

D.R.A.M.A (Part 1)


Ya Allah....
Masa berlalu dengan begitu pantas.
Sibuk dengan kerja, kehidupan dan anak-anak.
Memang dari hari ke sehari nak menulis dan menyimpan memori di blog ni. Hari ni baru ada masa.


Tahun ni Aliya 5 tahun.
Selain pergi playschool, dia juga pergi kelas mengaji dan belajar Bahasa Inggeris kat KUMON. Itu je la.
Mengaji 3x seminggu. Kumon pula 2x seminggu.
Bukan hari-hari ada kelas.
Kalau ikut hati nak hantar dia pergi macam-macam kelas lagi. 
Tapi tak mahu la jadi MAMA KIASU.
Takde life pula dia nanti.

Orang selalu cakap "Eh, bertuahnya mak dia cikgu. Belajar je dengan mak kat rumah.....". Mesti pernah dengar ayat ni atau korang pernah cakap ayat macam ni kan.

Ahahahaaaa....

Meh sini la nak habaq kat hangpa semua.
Mengajar anak sendiri adalah lagi susah sebenarnya dari mengajar anak orang lain.

Nak ajar Aliya mengaji dia tak mau.
Nak ajar dia English (reading and writing) pun dia tak mau.
Sudahnya hantar dia pi belajar English dengan cikgu lain dan mengaji dengan ustazah kat sebelah rumah (buka pintu jalan 5 langkah dah sampai).

So far so good la progress dia.

Setakat ni dia dah habis mengaji Iqra (Buku 1). 

English pula dia dah boleh baca simple sentence & spell simple words.

Tapi kalau suruh dia buat ulang kaji membaca atau mengaji dengan mamanya, minta maap....memang dia tak akan buat la.
Dia hanya nak dan akan mengaji dengan ustazah dia dan membaca dengan english teacher dia jer.


Ada sekali tu ajar dia reading.
Dia punya reading masa tu Allah je la yang tahu.
Berjanggut tunggu dia membaca satu sentence.
 Seolah-olah dia tak tahu membaca langsung dan membaca merangkak-rangkak.

Cakap dengan dia kalau tak nak baca dengan mama, pergi baca dengan ayah. Berdesup dia pergi kat ayah dia kat ruang tamu.
Dari dalam bilik pasang la telinga nak dengar dia membaca dengan ayah dia macamana. Dengan kita dia berlakon membaca macam siput. Bila dengan ayah dia, boleh pula  membaca dengan fasih dan lancar macam pembaca berita.

Ha....acane tu? 
Sabar je la....

Amira pun sama juga dah pandai buat drama.
Di lain siaran pula la kita cerita.


Bye bye....