Thursday, September 12, 2013

Floor makeover by Wallpaper Factory....

Assalamualaikum....

Hari ni cerita pasal rumah. Alhamdulillah setakat ini kami pakai kontraktor BUMIPUTERA untuk buat plaster siling, dapur, dan lantai rumah Shah Alam. Sangat puas hati dengan hasil kerja mereka semua dan lagi satu mereka pegang pada janji. Kalau mereka janji seminggu siap, memang seminggu la siap. Macam orang cina berjanji. Nanti MamaAliya kongsikan satu-satu kontraktor yang buat rumah kami ni k. Hari ni nak kongsi pasal kontraktor yang buat lantai.

Ok, lantai rumah kami appoint WallpaperFactory yang buat...

*
*
*

 ~ Sebelum ~



Ni lantai asal kat tingkat atas tile warna pure white. Warna putih nampak cantik dan bersihkan..
tapi MamaAliya memang tak larat kalau nak menyapu dan mop hari2. Oleh itu, mari la kita tukar warna dia supaya kotoran tidak berapa jelas sangat kelihatan. hihiiiii

Dapat tahu service company ni dari FB. profil dia melintas kat wall MamaAliya. Bila tengok album dan work folio company dia memang bagus dan meyakinkan.

Memula niat nak pasang wall paper aje dulu. dah siap pilih design. tapi terklik album lantai vinyl la pulak dan terus berubah fikiran. makeover lantai la dulu.

PM Tasya, tanya ukuran dan harga semua. Kemudian set tarikh untuk orang dia datang ukur lantai. kebetulan diorang ada job pasang wallpaper kat salah sebuah rumah dalam taman kami ni so diorang terus la datang ukur lantai. Kami buat untuk tingkat atas je dulu. Kalau ikutkan hati memang nak pasang sekali kat tingkat bawah. Tapi memandangkan anak kecik kami suka main basikal roda tiga dia tu dalam rumah, cancel la dulu. tengah melasak.

Lepas ambil ukuran diorang set waktu dan tarikh buat pada hari sabtu lepas utk pasang lantai vinyl. Diorang janji pukul 11.30 pagi dan memang datang tepat pada waktunya...


Tengok cara orang dia buat kerja memang professional. Ye la memang dah kepakaran diorang. Gambar kat bawah ni rupe lantai kami yang telah 'divinylkan'. Code 5653. Gambar ni ambil dari FB Tasya sebabnya lepas siap je lantai hari sabtu tu, kami lupa nak ambil. Sampai rumah KL baru teringat sebabnya jadual kitorang sangat penuh hari tu sampai lupa nak ambil gambar lantai yang dah siap tu. Siang tunggu orang buat lantai, pastu malam pergi open house. Pukul 12.00 malam baru balik. Memang loteh sangat... 


~ Selepas ~


Please excuse the floor skirting yang comot tu. kami tak dan nak lap bersihkan.hihii 


SubhanAllah. 
Serius memang kami suka dan sangat puas hati. Warna dia tak gelap dan tak cerah sangat. Tengok macam real timber je. tapi vinyl sebenarnya. 

Memang MamaAliya sangat rekemen la servis diorang. Selain vinyl floor, diorang juga install wallpaper, custom blind dan banyak lagi servis. Sebelum terlupa this company is owned by husband and wife. Uol boleh la jenguk FB wallpaperfactory untuk tengok album dan company portfolio diorang atau terus je pergi office and showroom diorang kat PJ. Insya Allah will appoint them for more project in near future Insya Allah...   


Interested? 
contact them here: 

No 62A-1, Jalan PJS 5/30, 
Pusat Perdagangan Petaling Jaya Selatan (PJCC), 
46150 Petaling Jaya, Selangor.
GPS COORD : N 03°05.015' E 101°38.220'

Phone: 03 7772 6606
Fax: 03 7772 9606
HP: 019-331 9606 / 019-242 2783





4 comments:

  1. berapa agak2 kos buat tingkat atas rumah mamaliya ni...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kos dia ikut saiz keluasan lantai kita sis.saiz lantai X harga vinyl psft. vinyl tu pun ada banyak range harga dia. yang kami punya ni harga RM5.50 psft. contoh kiraan, 600sqft x RM5.50 psft.

      Delete
    2. Hi, you little girl is really cute. I was just checking out vinyl flooring cos I got cheated by this bangala installer who stole a few boxes of my vinyl. Anyway be careful his name Roy. I have.a reliable installer now. If you know anyone interested I'm supply.& install for 5.50 including glue. 0162448946 Maria. Tk care, ya...

      Delete
  2. wah cantiknya. rasa macam duduk lantai kayu betul

    Entri Baru Taip: Jom Jalan-Jalan - BBL, Nemo & Pulau Kapas

    ReplyDelete