Tuesday, June 17, 2014

CLOROX: Bukan Sekadar Pemutih Baju......

Hello semua....
Hari ni nak share tips membersih rumah.
Tapi sebelum tu nak bagi tahu awal2 posting ni bukan di bayar untuk promosi produk CLOROX ye!
Ni hasil 'uji kaji' MamaAliya dan perkongsian ilmu bersama.

Rasanya ramai orang ingat clorox untuk putihkan baju saja.
Tapi sebenarnya lebih dari itu.
Ia juga boleh membuatkan lantai atau dinding jubin (tile) anda jadi bersih dan berkilat.

Memang ada banyak jenis clorox ni. ada untuk baju, ada untuk cuci toilet bowl, ada untuk  cuci table top dapur dll. tak payah nak beli satu-satu macam tu. penuh rak.beli yang macam kat bawah ni. pelbagai guna.


Kalau nak tahu, jubin pada dinding bilik air kat rumah kami di KL color solid white sejak dari azali. tiap kali masuk bilik air sakit aje mata ni tengok kotoran degil yang melekat. dah puas pakai macam2 brand pencuci jubin. memang tak hilang kotornya. buat lenguh tangan je menyental sehinggalah mengetahui tentang kehebatan SUPER CLOROX! hahaha.....

Ok, macam mana nak guna clorox untuk cuci dinding/lantai/mangkuk tandas? ibuk-ibuk sekalian masukkan separuh clorox dan separuh air ke dalam botol spray yang macam spray baju tu. lepastu jangan lupa label. nanti karang ada pulak yang pegi ambil dan spray untuk seterika baju. nangis takda lagu nanti. Dah campur air dan clorox ke dalam botol, spray aje kat dinding/lantai/toilet bowl. tak sampai seminit, dalam beberapa saat je boleh tengok perubahan dia. memang magic! bila dah btukar jadi putih tu sental la sikit dengan berus dan bilas dengan air. bukan setakat tile putih bersih, tapi kotoran di celahan tile tu pun hilang juga tanpa perlu bersusah payah nak memberus. Oh, sebelum terlupa pencuci CLOROX ni bukan aja hanya untuk tile putih, tapi tile berwarna pun bole. kotoran saja yang hilang, warna tile tak hilang. hihiii...

Nak cuci pakai clorox ni, jangan la pula korang pakai baju n seluar lawa2. takut bercapuk2 pula nanti. tapi kalau ada maid, suruh aje maid yang buat. kak ton, takde maid jadi buat sendiri lor..peluh keluar badan pun sihat. (^^)   

Ok, sekian saja posting untuk kali ini. lain kali kita cerita lagi. 
Bye.....


No comments:

Post a Comment