Monday, September 29, 2014

BERPANTANG STYLE OPAH


 PANTANG 40 HARI

Pejam celik dah 40 hari ‘bertapa’ di rumah opahAliya. Terasa cepatnya masa berlalu. Hari ni nak share berpantang cara mak saya. Cara tradisional. Percaya tak, hari ke-10 hari tu, bila timbang I lost 10kg. Bak kata Aliya, “Oh My Goodness”. London Weight Management pun kalah. Kiranya macam sehari hilang sekilo. Nak tahu macam mana opah Aliya buat. Nanti saya cerita. Apa yang mak buat dan amalkan semua ai ikut. Tak nak nanti umur tak sampai 40 thn badan aku dah reput. Nak sihat dan cergas macam mak.

Opah kata dia nak pencen awal. Setahun lagi. Pencen umur 56 tahun. Dia sakit lutut, sakit pinggang semua tadak. Pergi opis relek je naik tangga. Lif ada dia tak guna. Dia kata, “kalaula jalan raya kat Malaysia ni selamat mak nak pergi kerja naik basikal macam orang kat Jepun tu”. Ha, sampai tahap macam tu. Mak boleh tahan juga dia punya kuat membebel tapi Kak ton suka dengar. Bebel dia bukan sebarang bebel. Bebel ada isi. Pasal kesihatan, pasal kehidupan, pasal pemakanan dan macam-macam pasal la lagi. Jangan cari pasal sudah.hihi… Dia cerite opis mate dia, umur awal 30-an sudah sakit lutut ye. Pagi-pagi breakfast sental minum air ais. Sekarang dah mengadu sakit sendi sana sini.

Sebelum terlupa. Opah kan kerja. Dia sanggup ambil cuti 8 hari semata-mata nak jaga saya masa minggu pertama dalam pantang hari tu. Dia tolong uruskan Aliya, kain baju dan juga makan minum kami. I love you mak. Pengorbanan mu akan ku kenang sampai bila-bila. Sob..sob.. Nasib baikla atok dan opah sihat lagi. Aliya, tiap-tiap hari atok bawa dia round naik motor. Kadang-kadang atok bawa pergi kedai. Atok juga la yang suapkan aliya makan. So, Aliya jangan lupa jasa atok ok.

Ok,cukuplah la tu introduction. Terpanjang pulak dah. mari tengok rutin harian kak ton sewaktu berpantang.

1) Mandi Daun

Minggu pertama berpantang tu, opah rebuskan air daun untuk mandi pagi dan petang. Masa hari pertama bersalin, opah yang mandikan kak ton. Memang sangat terharu.sob…sob…hari esoknya dan hari-hari seterusnya mandi sendiri la. Daun-daun ni semua opah tanam tepi rumah. Best tau mandi air daun. Rasa segar je badan. Daun apa dalam periuk ni. Macam-macam jenis daun ada. Ada daun inai, pandan, daun lengkuas, daun limau purut, serai wangi, daun asam gelugur, sireh dan lain-lain. Mandi daun ni seminggu pun dah ok. Takpayah sampai 44 hari. habis botak pokok nanti. Mandi suam-suam ye. Jangan la pulak mandi bila air dah sejuk. Duduk di bandar bukan alasan kata mana nak cari daun-daun ni semua dan takde tanah nak tanam. Korang pergi je pasar kat Chow Kit tu macam-macam daun ada jual. Sediakan duit aje..


'Hasil tuaian dari kebun'




2) Berganggang api

Ada juga orang sebut bersalai api. Kak ton rasa, ni antara salah satu faktor utama kak ton boleh kurus dengan cepat. Ngeee…Opah guna dapur batu dan juga arang. Kemudian letak bawah pangkin atau tempat yang boleh kita baring. Orang dulu-dulu buat pangkin guna buluh. Ikat macam rakit tu dan alas dengan tikar mengkuang untuk bersalai api ni. Berganggang api ni buat lepas mandi air daun. Waktu pagi dan petang selama seminggu.




3) Bertungku

Lepas berganggang api kita bertungku pulak. Ada banyak jenis tungku. Opah pakai batu sungai. Panaskan atas api sampai batu jadi merah. Kemudian alas dengan daun mengkudu/ daun lengkuas/daun bunga kantan dan balut dengan kain. Bertungku ni buat sampai habis pantang atau perut dah kembali kempes semula =). Selain tungku kat perut, letak juga kat tapak kaki, jantung betis, dan juga belakang pelipat kaki. Bertungku ni sangat-sangat penting. Ia membantu untuk mengeluarkan darah kotor (haid dan nifas) dari badan kita tu. Bila darah kotor tak habis keluar dan terkumpul dalam badan tu yang menyebabkan macam-macam penyakit dalam rahim tu. (Doa minta dijauhkan)






4) Air Akar Kayu dan Halia

Ni namanya periuk tanah. Beli masa beranakkan aliya dulu. Sayang gila kat periuk tanah ni. Banyak jasa dia. Periuk ni guna untuk rebus air akar kayu dan juga air halia. 




Saya suka minum air halia compare ngan air akar kayu sebab air akar kayu tu pahit dan berdengung telinga minum.hihi. Tapi nak cepat sihat dan nak cepat kecut badan telan aje la. Minum air akar kayu dan air halia ni pakai cawan kecik je ye. Macam cawan orang minum air zam-zam tu. Jangan pula minum pakai gelas teh tarik pulak.  Pitam nak menghabiskannya nanti. Guna cawan kecik tapi minumnya kerap. Kalau siapa yang nak try minum air halia nah amik resepi ni:

Air Halia
Halia sebesar tapak tangan
Seketul kecil gula batu/ gula kabong
2 ulas bunga cengkih

Caranya:
Ketuk halia. Masukkan gula batu dan bunga cengkih ke dalam periuk tanah. Tuang air hingga penuh periuk. Renehkan hingga air tinggal 3/4.

Air halia ni bagus untuk panaskan dan buang angin dalam badan. Kalau menyusukan anak, dia pun sama tak kembung kalau mamanya minum air halia. Halia ni ada banyak jenis. Ada halia untuk masak, halia bara dan halia bentong. Opah guna halia bentong. Halia ni gred yang paling baik sekali dan harganya mahal sikit. Sekilo RM24. Ni kawan Cina dia yang ajar suruh guna halia jenis ni. Apa beza halia bentong dengan halia lain? Halia bentong lagi ‘pedas’.Tapi kalau korang tak jumpa halia bentong, halia yang guna untuk masak tu pun boleh pakai.


5) Manjakani

Manjakani ni opah masak dan buat jamu untuk ai makan. Fungsi dia untuk kecutkan rahim. Kadang-kadang dia campurkan dalam rebusan air halia. Jangan tanya rasa apa ye. Mana ada ubat rasa manis. Yang manis tu la biasanya yang racun.


6) Barut

Untuk barut perut, saya pakai dua jenis. Jadam dan kapur sireh. Gilir-gilir pakai. Biasa orang guna jadam sapu kat ‘nenen’ untuk wean off anak. Tapi sebenarnya jadam juga boleh guna untuk susutkan perut lepas bersalin. Cara dia hancurkan jadam dan campurkan dengan air limau nipis kemudian panaskan sekejap dalam periuk atas api. Bila dah sejuk sapu kat perut dan lapik dengan kain sebelum pakai bengkung. Kapur sireh pula selain susutkan perut ia juga untuk putihkan kulit perut yang hitam semasa mengandung. Campur dengan air limau nipis juga. Tapi tak perlu masak macam jadam tu. Bila dah penghujung pantang tu, saya pakai losyen pati halia yusmira je.




7) Bengkung Jawa

Walaupun namanya bengkung JAWA tapi jangan main-main, Ratu Elizabeth 1 dan Ratu Victoria pun pakai bengkung jenis ni tau. Bengkung ni opahAliya buatkan. Panjangnya 15 meter (kain 5 meter dibelah 3). Ada orang panggil bengkung ni bengkung lilit. Cara pakai dia macam berdandan rambut. Memang kemas dan kejap. Bengkung ni pakai 24 jam selama 40 hari. Opah pesan kalau rajin terus pakai sampai 100 hari tapi bukan la 24 jam tapi time malam je supaya kita tak overload makan. Kalau tak biasanya akan jadi ‘lori DBKL’ menghabiskan makanan anak-anak yang tak habis dimakan. So this time, kalau tak habis makan simpan bagi kucing atau pejam mata masuk dalam tong sampah. Tak kuasa mama jadi lori makanan. Bukan senang nak kurus balik tau….


Foto kredit: bianca.embracinglabor.com


8)Lulur + Pilis

Lulur saya pakai yang Nona Roguy punya. Fungsi dia 2 in 1. Memang best. Selain lulur badan dia juga boleh dijadikan pilis letak di dahi untuk menghilangkan sakit kepala. Bau rempahnya sedap dan rasa panas dia pun lama. Al maklumla. Dulu tido nyenak. Sekarang tido malam berapa jam je. macamana tak sakit kepala. 


9) Bertangas

Last sekali ialah bertangas. Bertangas ni buat bila darah nifas sudah kering ye. Bertangas ni ada 2 jenis. Tangas basah dan juga tangas kering. Tangas basah kita rebus semua bahan-bahan herba dan daun. Sementara tangas kering pula kita letak bahan-bahan tangas tersebut di atas batu sungai yang telah dipanaskan. Untuk bertangas ni, saya guna kerusi kecik yang untuk membasuh kain tu. Beli yang berlobang-lobang supaya wap boleh lalu kat situ. Letak bekas tangas bawah kerusi dan duduk sambil badan tutup dengan kain batik dan buat la senaman kegel. Senaman apa tu? Pergi cari dekat google. Jangan malas. Ni kat bawah ni bahan-bahan dan cara bertangas kalau korang nak buat sendiri kat rumah.


TANGAS BASAH
Asam keping
Garam kasar
Daun sireh
Daun inai
Daun pandan
Manjakani

*Semua bahan direbus dan wapnya digunakan untuk bertangas*


TANGAS KERING
Kunyit hidup
Halba
Garam kasar
Jintan hitam
Manjakani
Air limau nipis
Air asam jawa

*semua bahan ditumbuk dan diletakkan di atas batu sungai yang telah di panaskan dan gunakan wap yang terhasil untuk bertangas*

Pilihla cara yang rasa senang. Saya suka tangas basah sebab campak semua daun-daun dan rebus hingga mendidih. Saya orang ‘rajin’ memang macam ni…hihi



PANTANG 100 HARI

Untuk pantang 100 hari opah Aliya pesan, jangan minum ais ye kalau tak nak urat kat betis tu timbul macam cendol. Jangan makan makanan yang sejuk-sejuk macam jambu batu dan makanan yang berair seperti tembikai dan betik. Lagi, rajin-rajinkan diri untuk terus pakai bengkung dan bertungku. 

Rasanya itu aja la petua opah Aliya yang dapat dikongsikan bersama anda di luar sana. Panjang lebar petua dan tips. Rasa macam mak bidan pulak. Entry ni sebenarnya saya tulis untuk rujukan sendiri dan juga anak-anak perempuan saya dikemudian hari. Semoga ianya juga dapat memberi manfaat kepada orang lain. Seronok sebenarnya berpantang ni. Me, InysaAllah boleh tambah sorang dua lagi anak. Tapi kalau ketiga nanti keluar lelaki, i will close the shop lah. Haha….3 tahun lagi kot baru beranak balik. Apa-apa pun Amira will also breastfeed until she reach 2 yrs old. Same like her Kakak Aliya. Hak untuk menyusu pun mesti sama rata juga. 

Oh ya, mesti ada yang tanya tak pergi berurut ke? Opah cakap kalau nak berurut buat lepas habis pantang atau bila dah pertengahan atau penghujung pantang. Jangan lepas bersalin terus berurut sebab urat badan masih bengkak lagi. Itu apa yang ayah dia (toki) pesan dulu dan dia kemudian pesan kat saya. Memang logik juga. Last but not least, nak buat semua ni kene ada disiplin. Awal subuh opah dah kejut bangun. Mandi awal, kemudian berganggang api dan bertungku. Masa awal-awal tu senoneng juga la kepala sebab tak cukup tido. Tapi sekarang dah ok. Next entry, I will write about makanan orang dalam pantang pulak. So, stay tuned… =p


11 comments:

  1. waa.. Patut la mama Aliya comei lotei.. Hihihi...

    ReplyDelete
  2. Best entri ni. Memang bila pantng betul2, badan rasa cergas dan hati happy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana datang berkunjung ke blog saya =)

      Delete
    2. Saya pn pantang sendiri huhuhu...2 minggu pertama je dpt pantang & rehat betul2 lps tu semua kna buat sendiri.mandi baby,bertungku,berbengkung.

      Delete
  3. Alhamdulillah... untungnya sis ada org jaga time pantang. Sy berpantang sendiri je. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.Kena kuatkan semangat ye Durratul Imaniyah walaupun berpantang sendiri.jangan langgar pantang ye.

      Delete
  4. Replies
    1. Terima kasih sudi singgah.Selamat berpantang hairul liza =P

      Delete
  5. salam..awak , sy nak tye..awak bertangas ni start dari hari ke berapa smpai bape hari?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam nurdano.maaf lambat balas.saya start buat bila darah nifas dah kering dan tiada lagi.saya bertangas selama lebih kurang 2 minggu.

      Delete