Tuesday, May 5, 2015

Khasiat Gam Arab @ Al Manna..

Salam Selasa semua dan selamat kembali berkerja setelah 4 hari bercuti...

What's the story today?

Ce cuba teka ni gambar apa?



Siapa tengok gambar ni buat pertama kali mesti akan ingat ini adalah batu kemenyan.
Betul ia adalah batu kemenyan.
Tapi bukan kemenyan yang macam tok bomoh pakai yang berasap-rasap tu.
Ini adalah Gam Arab atau nama lainnya ialah kemenyan arab/ Al-Manna/Olibanum. Orang putih panggil Frankincense. Ia boleh dibuat minum atau makan.

Walaupun rupanya tidak lawa tetapi khasiatnya tersangat banyak.

Antaranya ialah ia mampu untuk mengatasi masalah senak perut, buasir, sembelit, asma, gout, mengawal kedudukan gula dalam darah, meningkatkan sistem imunisasi, menguatkan tenaga dan banyak lagi.

Gam Arab ini dikatakan mempunyai kandungan PREBIOTIK semulajadi tertinggi sama fungsi dengan prebiotik yang terdapat dalam susu ibu dan 10 kali ganda kaya dengan kalsium yang terdapat dalam susu lembu.

Prebiotik adalah sejenis makanan untuk bakteria semula jadi yang terdapat dalam perut yang menentukan penghadaman makanan dapat berfungsi dengan baik. Bahan ini biasanya terdapat dalam makanan seperti berteh, beberapa jenis roti dan juga kapsul yang kebanyakannya dari Barat. 

Bagaimana gam arab ini terhasil?

Gam Arab diperolehi daripada pokok acasia. Kulit pokok akan ditoreh bagi mendapatkan getahnya. 


Sumber : Internet

Cut the story short.

Macam saya mana boleh berkenalan dengan gam arab/gam akasia ni?

Al kisah....

Setiap pagi Ahad saya akan pergi ke pasar tani untuk membeli barang basah terutamanya ikan dan sayur.

Sedang mencari ikan mata ternampak satu khemah yang jual macam-macam makanan seperti madu, kismis dan sebagainya.
Sedang membelek-belek ternampak lah batu ni dan tanya dekat si penjual tu "Ni batu apa ni?".

"Ini gam arab dik. Banyak khasiat dia. Kalau anak selsema dan batuk bagi minum air dia. Insha Allah boleh baik" katanya.

Kebetulan Amira memang sedang batuk. Beli lah sebotol. Balik rumah rendam seketul kecil dalam air. Bila dah larut, tapis dan beri dia minum. Airnya tiada bau dan warna. Rasanya seperti kita minum air mineral. Untuk beri pada anak bolehlah dicampurkan ke dalam susu, milo, dan lain-lain minuman kegemaran.

The result is, batuk Amira baik dalam masa 2 hari. Hilang terus. dan tiada bunyi kahak lagi.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.


Amira @ 7 mos

Terlalu banyak khasiat gam arab ni. Boleh google dan baca.
Sekarang ni gam arab juga memang menjadi amalan pemakanan kami sekeluarga selain makanan sunnah yang lain. Welcome to our family. Untuk Aliya dan Amira saya masukkan gam arab yang telah dilarutkan dalam minuman mereka seperti susu, milo atau ribenna. 

Menurut Dr. Suriyakhatun gam arab juga adalah makanan yang baik untuk saraf dan otak. So boleh la masukkan dalam senarai makanan anak-anak.

Gam arab @ Al-Manna tidak dicerna  dalam usus tetapi ia diperam di dalam kolon dan apendiks, ini menghasilkan asid lemak rantaian pendek (short-chain fatty acids) yang membawa kepada pelbagai kebaikan kepada kesihatan, terutama sebagai prebiotik yang mengukuhkan sistem imuniti tubuh badan dan memerangi bakteria berbahaya

Satu kajian yang diterbitkan oleh Br. Jour.Nutrition 2008-March, membandingkan keupayaan Gam Arab dengan Inulin sebagai Prebiotik. Kajian klinikal ke atas manusia yang diberi Gam Arab 10gm  sehari dan Inulin 10gm selama 4 minggu menunjukkan pertambahan bakteria Bifidobacteria dan Lactobacilli termasuk Bacteroides di dalam kumuhan najis lebih tinggi pada sampel gam arab berbanding inulin. Ini bermakna Gam Arab adalah Prebiotik semulajadi yang terbaik dan paling mudah untuk Probiotik  berkembang. Ia juga tidak merangsang bakteria bukan Probiotik.

Itu sahaja perkongsian untuk hari ini. 
Lain kali kita sembang lagi ok.

Bye..bye..







2 comments:

  1. As salam sis,

    Boleh beri panduan cara beli raw al manna pada baby? Anak sy 11 bulan. Berapa kerap dan kuantiti air al manna perlu berikan pada baby dalam 1 hari ye?

    ReplyDelete
  2. Thanks atas perkongsian info.
    Saya sekeluarga ambil yg haq sahaja.lain lain tiada.Dulu kini Dan selamanya...

    ReplyDelete