Friday, May 8, 2015

Resepi: Bubur Nasi Ikan Salmon..

Salam Jumaat semua....

Umum mengetahui ikan laut dalam seperti ikan salmon, tuna dan ikan tenggiri sangat kaya dengan kandungan EPA dan DHA untuk perkembangan otak bayi dan kanak-kanak.

Bila grill salmon dan ikan tenggiri cuba anda perhatikan lemaknya yang keluar. Warna putih susu and it was very beautiful.

So today, i would like to share my easy peasy
resepi bubur nasi ikan salmon yang saya beri makan pada anak-anak.

Ini adalah bahan-bahannya:

V
V
V

ikan salmon yang telah di grill/pan fry separuh masak dengan sedikit minyak zaitun (olive oil), bawang putih, carrot dan kentang. 


Kadang-kadang saya ganti kentang dengan red radish. Dari keluarga ubi juga...

v
v
v




Senang saja nak masaknya.

'Terjunkan' semua bahan tersebut kedalam bubur nasi termasuk ikan salmon yang telah dibuang tulangnya. Masak sehingga semua bahan lembut. 

Bila bubur nasi dah masak saya campurkan 3-5 titik habbatusauda dan sedikit garam buluh sebagai 'perisa'. Kacau rata. Bila dah sejuk boleh la di blend ikut tahap 'kehancuran' yang dikehendaki.


Sedap sangat ye rasa dia. Salmon tu manis rasanya.
Biasa kalau suap amira makan mama pun tumpang juga. tehehee....




Yang kat bawah ni pula bubur nasi dan ikan tenggiri + brokoli + carrot + bawang putih yang belum di blend.
v
v
v



Kalau beri Amira makan macam anak burung rupanya.menganga aja mulutnya. Kalau lalukan cili di depan mulut pun dia nganga juga. hehehe...


Amira @ 8 mos

Owh sebelum terlupa saya guna beras jepun brand SUMO untuk masak bubur nasi amira. tidak perlu di blend berasnya kerana ia cepat masak
Sangat comel rupa berasnya dan rasanya pun sedap. Biasanya orang pakai beras ni untuk buat sushi.sepeket kecil harganya dalam RM10.
v
v
v


Biasa ikan salmon dan tenggiri ni share untuk dua anak. Separuh untuk masuk dalam bubur amira dan separuh lagi dalam nasi goreng Aliya. Kena 'halimunan' kan juga. Kalau beri dia dalam bentuk ketul macam tu sampai siang esok pun dia tak mahu makan.
So the mama have to do some magic. *ting ting*

Nasi Goreng salmon with mix vege for Aliya.

V
V
V




That's all my sharing for today. Till we meet again in the next post.
TATA....



3 comments:

  1. Assalam Sis, mana nak beli Insan Bamboo Salt?

    ReplyDelete
  2. Assalam Sis,

    Nak tanye mana nak beli Insan Bamboo Salt?

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam. saya beli garam buluh tu di cosway.

      Delete