Thursday, July 23, 2015

RESEPI: Bone Broth Cara Dr. Suriyakhatun....


Assalamualaikum semua...

Hari ni nak share resepi bone broth @ dalam bahasa melayunya ialah air tulang @ senang cerita sup tulang...


Dr. Suriyakhatun syorkan supaya beri anak makan bone broth setiap hari. Ia kaya dengan nutrisi. Bone broth ni adalah mana-mana kuah yang ada tulang dan bukan hanya terhad untuk sup tulang saja. Contoh macam dalca kaki ayam, kuah laksa yang ada isi dan tulang ikan, ikan masak singgang, soto ayam, sup sayur yang ada ikan bilis tumbuk. semua kuah ini ada tulang. Kalau anak alergik dengan ayam dan daging, mama boleh gantikan dengan ikan bilis. Jangan lupa buang perut dan tahinya dulu ye.

Dr. suriya juga ajar kalau nak masak bone broth ni perlu letak sedikit cuka yang berfungsi sebagai weak acid untuk melarutkan zat galian dari tulang. Boleh pakai apa-apa cuka pun kecuali cuka getah.hewhew. Kalau tak nak pakai cuka boleh gantikan dengan asam keping, asam jawa, lime, lemon atau tomato. As long as weak acid. Lagi satu, doktor suriya cakap nak masak bone broth ni pakai pressure cooker atau slow cooker. JANGAN PAKAI PERIUK ALUMINIUM. sebab kalau pakai aluminium ia akan bertindak balas dengan cuka dan menjadi racun dan meresap masuk ke dalam kuah. Kalau takde pressure cooker atau slow cooker, mama boleh guna periuk biasa yang diperbuat daripada stainless steel atau periuk kaca.

Slow cooker 
v
v
v
Bahagian dalamnya di buat dari ceramic.



Ok cukup sudah penerangan.
Mari kita masak pula.
Ini adalah bahan-bahan yang saya guna.

V
V
V

Kaki ayam
bawang putih
bawang besar
halia
rempah empat sekawan (optional)
carrot
celery/fennel
1 sudu cuka kurma
4 cawan air
garam secukup rasa

*p/s:sukatan cuka dan air tu pun dr.suriya yang ajar.


Kaki ayam is our favorite. Kalau anda nak guna kaki ayam,beli  yang lacto chicken feet dari ayam organic atau ayam kampung. Biasanya saya beli lacto chicken feet di jusco dan kaki ayam kampung di pasar tani. Kadang-kadang saya bergilir buat bone broth dengan tulang lembu/kambing dan juga rangka ayam (mcm masak kuah soto tu).

Ini namanya fennel
v
v


Ini pula cuka kurma
v
v

Cara nak masak:

Masuk kan semua bahan dalam periuk dan masak dengan api yang sangat perlahan. Kalau pakai pressure cooker masak selama 1 jam, slow cooker 8 jam, periuk stainless steel yg masak atas dapur selama 4 jam.

Saya guna pressure cooker. Jadi tak perlu tunggu lama.
Bila dah cukup masa, tutup api dan biarkan pressure cooker sejuk baru boleh buka penutupnya. tapis air sup dengan penapis.
Isi-isi ni jangan dibuang. Carrot dan celery boleh masukkan dalam bubur nasi anak. Kaki ayam tu pula boleh masuk dalam kuah dalca...perghhh sedapnye!!


Ini dia bone broth.
Saya isi dalam plastik ice cream malaysia dan letak di tempat beku (freezer). Ia sangat space saver.
Setiap kali nak pakai ambil satu atau dua batang, panaskan dan masukkan ke dalam bubur nasi, jadikan kuah utk sayur, meehon, macaroni dan sebagainya.


Kesimpulannya bone broth ni macam kita masak sup tulang yg macam biasa kita buat tu.cuma perlu ditambah dengan cuka je.


Ia adalah makanan yang murah tapi KAYA KHASIAT...



KHASIAT BONE BROTH:



PETUA:

Kalau nak kaki anak kuat buatkan dia sup kaki ayam dan makan dengan nasi kanji
Kalau orang tua yang sakit lutut pun bagus juga makan sup ni.
Ini kawan yang berbangsa cina yang ajar.


My little profesor, Amira.
Sekali tengok macam rambut einstein.
Dua kali tengok macam buah rambutan sekolah....



That's all my sharing for today.
Di harap ia dapat memberi manfaat kepada yang lain.
Till we meet again in the next post.
byebye!!


12 comments:

  1. Kalau periuk ajaib tu boleh tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba check kat badan periuk.jika dibuat dari stainless steel boleh pakai.

      Delete
  2. Kalau periuk seramic bole kan...??

    ReplyDelete
  3. Klu gune priuk nasi 2 bleh x sis?and brp jam if gna priuk nasi 2?TQ :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya periuk nasi dibuat dari aluminium.boleh test dengan magnet.letak magnet pada periuk nasi tu. Kalau magnet melekat (walaupun tak kuat) tandanya periuk itu diperbuat dari stainless steel. kalau magnet bertindak sebaliknya di mana ia tidak melekat,tandanya periuk tersebut dibuat dari bahan logam lain. Boleh guna slow cooker yang diperbuat daripada ceramic atau periuk lain yang dibuat daripada stainless steel.

      Delete
  4. Alamak, dah terbeli kaki ayam yg bukan organik/ayam kampung. So macam mana? Sihat dan elok tak untuk bayi?

    ReplyDelete
  5. Alamak, dah terbeli kaki ayam yg bukan organik/ayam kampung. So macam mana? Sihat dan elok tak untuk bayi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. seeloknya mama bagi yang organik untuk baby makan.sebab ayam daging biasanya disuntik vaksin dan hormon pembesaran. tapi kalau tak jumpa kaki ayam kampung/organik, boleh guna rangka ayam atau mana2 bahagian yang ada banyak tulang.

      Delete
  6. Salam..kalau guna pressure cooker..kena pilih soup ke dkt menunya. Saya baru beli pressure cooker jenama philips..tatau nak pilih yg mana utk buat broth...harap dpt membantu..selepas masak, kita perlu terus lepaskan pressure tu ke baru buka

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumussalam.kalau pakai pressure cooker elektronik pilih menu soup. bila dah siap masak tunggu sebentar dulu sebelum lepaskan udara panas (pressure).

      Delete
  7. Tq for sharing ! Saya try masak guna high pressure dulu. Next time nak try low pressure pula.

    ReplyDelete