Wednesday, November 18, 2015

Aliya dan KUMON....


Salam sejahtera everyone....

Hari ni nak review tentang kelas KUMON.
Cuti sekolah bakal tiba minggu depan.
Bagi parents yang sedang mencari kelas untuk anak-anak masa cuti sekolah ni boleh lah hantar ke KUMON.

KUMON ni bukanlah kelas tusyen.
Sebaliknya ia adalah satu kaedah pembelajaran individu. Sebelum diterima sebagai pelajar KUMON, bakal pelajar perlu buat ujian diagnostik terlebih dahulu untuk mengetahui tahap penguasaannya. Pelajar akan bermula dengan worksheet dengan tahap di mana mereka boleh mencapai skor yang baik dengan belajar sendiri.


<------ Aliya @ 4 Years Old ------->


Aliya ambil satu subjek je dulu; English.
Dia start dari BASIC LEVEL.
Kelasnya 2 hari seminggu je.

Setiap hari ada worksheet yang perlu dibuat. 
Kalau setahun ada 365 hari so worksheet anak anda pun jumlahnya banyak itu juga la...
Haaa...lagi satu nak beritahu,
kalau nak hantar anak ke KUMON, parents pun perlu beri komitmen yang tinggi.
KUMON ni asalnya dari Jepun. Jadi kita pun kena ikut budaya kerja orang Jepun juga, BERDISIPLIN.
Kena pastikan anak buat worksheet setiap hari.
Kalau tak buat nanti worksheet akan bertindih jadi double, triple dan akhirnya jadi 'kuih lapis'.hehe
Bila performance anak merosot, principal akan panggil parents untuk discuss tentang masalah anak anda.

So, kalau hendak hantar anak ke kelas KUMON terutamanya anak yang kecil sila pastikan yang diri anda dapat memberi KOMITMEN terhadap pembelajaran anak anda. KUMON bukan seperti tuisyen atau sekolah di mana kita hantar anak kita bulat-bulat dan pandai-pandai la cikgu buat anak kita jadi pandai. KUMON ada worksheets dan kita perlu pastikan anak kita buat worksheets tersebut setiap hari dan membimbing mereka di rumah. Kalau banyak worksheets yang tidak dibuat principal akan tanya pada ibubapa apa masalah yang dihadapi oleh anak mereka.






Selain komitmen, pelajar juga perlu tepati masa yang telah ditetapkan. Kalau kelas pukul 9 pagi datang la pukul 9 pagi. Jangan selalu datang lewat ke kelas. Sekali dua akan di maafkan. Kali ke-3, principal akan bagi reminder.
Ni bagi tahu sebab mak incik pernah dapat reminder sebab hantar aliya lewat ke kelas selama dua hari berturut-turut.huhuuuu....
Itu di KUMON Aliya. Kalau KUMON di tempat lain saya tak tahu.

Di KUMON tahap pencapaian anak kita akan direkod setiap hari then at the end of the month teacher akan maklumkan pada parents laporan kemajuan dan perkembangan pelajaran anak. 

Mula-mula hantar Aliya belajar kat sini memang dia tak mahu masuk kelas ye dan saya pun hampir nak give up.
Saya terpaksa temankan dan duduk sekali dengan dia di dalam kelas. Lebih kurang dalam sebulan jugak aliya 'dera' saya.*nanges*
Sekarang ni dah ok. Dia boleh masuk kelas dengan sendiri tanpa 1001 alasan nak mengelat. Principal pun cakap Aliya's performance is increasing day by day. Syukur alhamdulillah. Berbaloi penat lelah mama...


Kesimpulannya memang bagus hantar anak ke KUMON ni.
Terutamanya anak melayu ramai yang lemah Matematik dan Bahasa Inggeris.
Macam Aliya selepas tempoh dua bulan sudah nampak kemajuan dia. Alhamdulillah...(tak sia-sia mama duduk tunggu kau di dalam kelas selama sebulan nak) *tepukbahusendiri*

Mesti ramai yang nak tahu berapa yuran kelas KUMON.
Di KUMON tempat aliya belajar ni yurannya RM160/subjek.
Kalau KUMON di tempat lain saya tak pasti berapa.
Mungkin sama harga juga kot....
Boleh contact KUMON centre yang berhampiran dengan tempat anda untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut.

Ok lah.
Itu saja sharing saya untuk hari ini.
Lain kali kita 'borak' lagi ok.
Thank you for reading and JazakAllah Khair.





4 comments:

  1. Good sharing, Kumon’s learning method takes students through a structured programme involving specially developed worksheets. Kumon constantly evaluates and revises the worksheets of all its programmes to ensure there is nothing hindering smooth progress, read more at:
    http://kidbuxblog.com/kumon-help-unearth-kids-potential/

    ReplyDelete
  2. salam...nak tanya..masa hantar anak ke kumon tu dia dh tau membaca ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumussalam. masa tu dia masih belum boleh memmbaca lagi.

      Delete
  3. Salam boleh tahu komun area mane ni? Sbb di sri gombak tak ade utk 4thn

    ReplyDelete