Tuesday, May 3, 2016

Anak bertuah dan goodies bagnya....(^^)


Salam selasa.

Lamanya saya tidak bersiaran berkongsi cerita.
Mesti korang rindu kan?
Hihi

Ok, what's the story today?

Cerita tentang goodies bag.

Budak-budak dengan goodies bag memang tidak dapat dipisahkan.
Kalau dapat goodies bag memang mereka suka sangat walaupun kadang-kadang isinya entah apa-apa. Sorry to say.
Indeed me also kalau dapat goodies bag kadang-kadang sedekah semula kat orang yang duduk makan semeja atau bagi kat jiran-jiran. Ada yang bagi cawan, mangkuk, bekas kristal dan macam-macam lagi barang hiasan. Aduh, saya bagi je kat orang. Bukan nak menyombong tapi rumah saya takde tempat nak simpan all those things. 

So ini cerita aliya dengan goodies bagnya.
Last week kami join rombongan menghantar pengantin.
Datang sama-sama tapi kami balik awal.
Masa nak balik tu aliya nampak meja goodies bag dan dia cakap dia nak. Aduh....takan la mak incik nak pergi minta.
Cakap dekat dia nanti mama belikan kat kedai.
Langsung tak makan pujuk.
Takut dia berguling kat tempat kenduri tu mak incik pergi la salam mak pengantin. Dia pun salam saja dengan senyuman tanpa ada apa-apa. Then saya cakap "Boleh tak saya nak goodies bag tu satu". Dia macam serba salah nak bagi. Aduiiii.....jangan cakap apa perasaan saya masa tu ye. Malu ya amat.kalau lah ada purdah ke, topeng ultraman ke memang dah terus pakai tutup muka.Huwaaaaa..... 
Cari tuan sadiq, tengok dia dengan amira dah menonong ke kereta tinggalkan mak incik dan aliya tersadai berdua.Huwaaa....'mat saleh' tu bukan tahan panas matahari lit lit. Cepat je nak masuk dalam kereta pasang ekon. *huh*

So, nak cover rasa malu tu saya cakap "Ada tak goodies bag untuk budak-budak. Anak saya nak satu". So dia bagi la sumi paket tu satu. Serius malu weyh....Boleh je buka mulut cakap siapa kami. Tapi saya malas. Anggap saja dia tak perasan akan muka kami yang tak pernah miss datang ke rumah masa meminang, nikah dan kenduri. Ok, sudah lupakan saja. Perkara kecil je bagi saya.

Dah dapat goodies bag ada sumi tu aliya punya senyum sampai ke telinga. Dia tak tahu mak dia ni terpaksa tebal muka tahan malu. Huhu...

Cuma kita ubah la cara kita orang melayu buat kenduri.
Kalau nak bagi goodies bag biar la bagi pada semua.
Jangan la kalau siapa yang salam berduit je bagi, yang salam kosong tak bagi. Menu makanan pun sama. Biarlah sama saja menu orang kaya dengan menu orang miskin. Ini orang kaya kita bagi makan ayam masak merah, orang miskin ayam goreng kunyit. Ini contoh je. 
Kita ubahlah budaya yang macam ni.

I want to share with you all satu lagi kisah benar tentang kenduri kahwin yang pernah kami hadiri. Macam biasa samada masa datang atau masa nak balik kami hulurkan sampul pada tuan rumah. Amazingly bapa pengantin ni tak mahu dan dia cakap "Pakcik hadiahkan pada kamu semula. Makanlah apa rezeki yang ada". We are speechless. Pertama kali kami jumpa orang yang buat kenduri kahwin macam ni. So balasannya, kami doakan pakcik dan keluarga sentiasa dimurahkan rezeki. 


Last week was Aliya's 5th birthday. So minggu ni dia kata nak makan kek dengan kawan-kawan. Siap buat request nak bagi goodies beg kat kawan. So, mak incik mesej cikgu dia tanya ada berapa orang budak kat tadika. tak kiralah yang full day, half day, atau budak2 transit. bagi semua takde beza-beza.


Budak bertuah tengah packing goodies bag untuk kawan-kawan.
V
V
V


So, that's all my sharing today.
Till we meet again in the next post yang entah tak tahu bila. *hihi*




1 comment:

  1. setuju sgt... mcm akak kawin dulu... memang khaskan utk budak2 satu uncang gula2 n sumi... utk orang dewasa godies lain plak tapi semua sama rata... anak2 akk pun sama jugak..klu g kenduri... nak godies mama..nak godies mama.. nak gula2.. itu je yg diorang minta... dpt diamlah.. berapa sen sangatlah bajet utk gula2 budak2... kegembiraan diorang lebih dari harga berapa ketol gula2 tu sebenarnya.... kan...

    ReplyDelete